Cawangan Neeta's Herbal di Kuantan
KEJAYAANNYA memulihkan rambut sendiri yang gugur mendorong
seorang pengurus kilang di semambu, Kuantan, Stanley Goh,
Untuk membuka cawangan pusat rawatan Rambut Neeta's Herbal
di Jalan Beserah Kuantan, baru-baru ini. Pusat rawatan
itu yang mempunyai lima kakitangan, dibuka untuk membantu
orang ramai yang menghadapi masalah gugur rambut atau
botak menjalani rawatan khusus memulihkan rambut.
Stanley berkata, beliau menghadapi masalah rambut guggur
sehingga bahagian belakang dan depan kepalanya menjadi
botak pada 1992. "Bagaimanapun ada rakan mengesyorkan
saya menjalani rawatan di pusat Neeta's Herbal. Saya terkejut
apabila mendapati bahawa selepas tiga bulan, rambut saya
tumbuh semula," katanya di majlis pembukkan pusat
berkenaan.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, ketika menjalani rawatan
di Kuala Lumpur, beliau terpaksa berulangalik tiga seminggu
dan ini seterusnya memberi idea kepada beliau untuk membuka
cawangan sendiri. Menurutnya, untuk menerima rawatan keseluruhan,
termasuk penggunaan minyak rambut, syampu dan tonik penyemur,
seseorang itu perlu membelanjakan RM765 manakala mereka
yang sudah membeli semua barangan itu, hanya perlu membayar
antara RM15 dan RM12.
Katanya, kajian beliau sendiri menunjukkan bahawa 5,000
orang di sekitar Kuantan, menghadapi masalah rambut gugur
dan botak.Beliau merancang membuka dua cawangan lagi Kelantan
dan Terengganu. Sesiapa yang ingin mendapat rawatan boleh
menghubungi di nombor 09-5668099, 5668299