Neeta's
Herbal terokai Pasaran Indonesia- - Oleh SUKHVINDER KAUR.
Kuala Lumpur 1 sept. - Neeta's Herbal (Neeta's) syarikat
bergiat dalam bidang Keccantikan dan rawatan rambut menggunakan
herba merancang untuk menerokai pasaran di rantau ASEAN
terutama ke Indonesia menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Urusan Neeta, Nita Gosalia Berkata, pihaknya
kini sedang dalam peringkat perbincangan mengenai projek
usahasama dengan sebuah syarikat dari Indonesia untuk
menjalankan perniagaan di negara itu. Katanya, projek
usahasama itu dijangka akan melibatkan pelaburan awal
sebanyak RM 500,000. Beliau berkata, Neeta juga kini dalam
peringkat kajian mengenai kemungkinan membuat pelaburan
di negara jiran Malaysia yang lain termasuk ke Thailand
dan Filipina.
"Kami membuat Keputusan sedemikian untuk memasuki
pasaran ASEAN kerana yakin dengan peluang perdagangan,
pelaburan serta dapat menawarkan perkhidmatan herba tradisional
yang sememangnya sesuai untuk digunakan oleh penduduk
dari rantau Asia," katanya kepada Utusan ketika ditemui
di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Nita yang berkelulusan dalam bidang perubatan Ayurvedic
dari India adalah pengasas Neeta's Herba yang ditubuhkan
pada tahun 1985. Kini terdapat sebanyak 15 cawangan di
seluruh negara termasuk di Sarawak dan sabah (tidak lama
lagi). Menurut Nita, pihaknya juga kini dalam peringkat
perbincangan dengan sebuah syarikat di Amerika Syarikat
mengenai kemungkinan projek usaha sama memfrancaiskan
Neeta's Herbal ke benua Amerika.
Beliau berkata, permintaan terhadap rawatan kecantikan
khasnya yang menggunakan bahan-bahan herba dari benua
Asia kini semakin popular.